TAMAN BUKIT TAWAU
![Related image](https://www.mysabah.com/images/2010/20100410_11.jpg)
Kunak.
Sumber air dari sini menjadi punca kepada enam sungai utama di Tawau iaitu Sungai Merotai Besar, Sungai Merotai Kanan, Sungai Tawau, Sungai Kinabutan, Sungai Balung dan Sungai Mantri. Dengan keluasan 28 ribu hektar, Taman Bukit Tawau menempatkan tiga puncak gunung tertinggi daerah Tawau (dulunya gunung berapi) iaitu Gunung Magdalena setinggi 1,310 meter dari paras laut, Gunung Lucia (1,189M) dan Gunung. Maria (1,067M).
Asalnya Taman Bukit Tawau adalah Hutan Simpan Tawau yang bersempadan dengan Hutan Simpan UluKalumpang di sebelah Utara yang menghubungkan kawasan hutan yang lebih luas iaitu Hutan Simpan Ulu Segama dan Hutan Simpan Kalabakan.setelah taman sabah diwujudkan ,hutan tersebut tadi digazetkan menjadi taman bukit tawau.keadaan mukabumi di kawasan taman adalah berbukit bukau dengan ketinggian sekitar 30 meter hingga 1312 meter dari paras laut.
> Habitat Flora dan Fauna
Taman Bukit Tawau terdapat beberapa habitat dan kehidupan flora dan fauna juga merupakan hutan hujan tropika yang ditumbuhi pelbagai spesies tumbuhan berbunga yang menjadi habitat flora dan fauna. Antara tumbuhan unik yang terdapat di Taman Bukit Tawau ialah seperti orkid liar, periuk kera, pokok raflesia dan paku pakis. Di hutan ini juga dapat dilihat tumbuhan epifit, tumbuhan parasit, tumbuhan liana dan tumbuhan saprofit.
Taman Bukit Tawau mempunyai spesis pokok-pokok komersil yang merangkumi sekurang-kurangnya 24 spesis Dipterokarpa seperti seraya kuning, keruing, selangan batu dan sebagainya. Selain itu, terdapat 31 spesis pokok komersil bukan Dipterokarpa seperti belian (Eusideroxylon zwaggen), kayu malam (Diospyros sp.) dan nyatoh (Palaquium gutta) Untuk tumbuhan berbunga,
Bagi tumbuhan herba terdapat 36 spesis dalam 14 genera halia liar. Orkid liar yang telah ditemui di dalam taman ini meliputi 118 spesis dalam 42 genera. Orkid yang paling menarik ialah Orkid telinga gajah (Palaneopsis gigantea) yang telah diancam kepupusan pada tahun 80an tetapi ditemui semula di Taman Bukit Tawau.
Kepelbagaian paku-pakis meliputi 83 spesis dalam 55 genera dan 24 famili. Ini termasuklah Paku pohon (Cyathea contaminants), Paku tanduk rusa (Platycerium wallichi) dan pokok semun (Asplenium nidus). Sejumlah 69 spesis haiwan mamalia (daripada 194 spesis di Sabah) telah direkodkan di Taman Bukit Tawau termasuklah 9 spesis monyet seperti orang utan, wak-wak, monyet merah dan monyet bangkatan (Nasalis lavartus).
Namun itu,Kawasan hutan Taman Bukit Tawau menjadi habitat atau tempat tinggal berbagai-bagai jenis hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan. Ianya adalah tempat untuk hidupan ini mendapatkan sumber makanan dan kelangsungan hidup. Tanpa habitat yang seimbang dan terpelihara, proses tumbesaran pastinya akan terjejas.
>tempat menarik di taman bukit tawau
Taman bukit tawau menjadi satu tarikan ramai kepada pelancong yang terdapat tempat menarik seperti dibawah:
![]() |
AIR TERJUN |
(i)MAKLUMAT AIR TERJUN
Taman Bukit Tawau mempunyai dua kawasan air terjun yang menjadi tumpuan iaitu air terjun bukit tawau yang terletak berhampiran dengan kawasan pentadbiran taman bukit tawau dan satu lagi terletak 2.5 kilometer iaitu air terjun .
(ii) MAKLUMAT POKOK TROPIKA TERTINGGI
Taman Bukit Tawau amat terkenal dengan peneuan pokok tropika tertinggi didunia dari spesies seraya kuning siput (shorea faguetiana tinggi 88.32 meter oleh saintis amerika syarikat ,dr roman dial bersama dua rakannya pada februari 2012 iaitu seramai 10,300 orang.daripada jumlah itu, seramai 447 orang adalah pelancong asing dari jepun,united kingdom,amerika syarikat ,australia,perancis,rusia,china,taiwan,belanda dan jerman.unuk sami ki sini,pengunjung akan melalui trek didalam hutan sejauh 900 meter
No comments:
Post a Comment