Saturday, 8 July 2017

TAMAN BUKIT TAWAU


                                                                                                                  
Related imageTaman Bukit Tawau dalam panggilan penduduk tempatan ialah table yang terletak di banjaran Brassey telah diwartakan menjadi Taman Taman Sabah (Sabah Park) pada tahun 1979. Ianya terletak  22 kilometer dari bandar Tawau iaitu kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan darat.Taman Bukit Tawau  dikenali sebagai tempat tarikan kepada pelancong dan penduduk malaysia,ia juga merupakan pusat tadahan air terpenting untuk hampir 1 juta penduduk tiga daerah Pantai Timur Sabah iaitu Tawau, Semporna dan
Kunak. 

Sumber air dari sini menjadi punca kepada enam sungai utama di Tawau iaitu Sungai Merotai Besar, Sungai Merotai Kanan, Sungai Tawau, Sungai Kinabutan, Sungai Balung dan Sungai Mantri. Dengan keluasan 28 ribu hektar, Taman Bukit Tawau menempatkan tiga puncak gunung tertinggi daerah Tawau (dulunya gunung berapi) iaitu Gunung Magdalena setinggi 1,310 meter dari paras laut, Gunung Lucia (1,189M) dan Gunung. Maria (1,067M).

Asalnya Taman Bukit Tawau adalah Hutan Simpan Tawau yang bersempadan dengan Hutan Simpan UluKalumpang di sebelah Utara yang menghubungkan kawasan hutan yang lebih luas iaitu Hutan Simpan Ulu Segama dan Hutan Simpan Kalabakan.setelah taman sabah diwujudkan ,hutan tersebut tadi digazetkan menjadi taman bukit tawau.keadaan mukabumi di kawasan taman adalah berbukit bukau dengan ketinggian sekitar 30 meter hingga 1312 meter dari paras laut.


> Habitat Flora dan Fauna

Taman Bukit Tawau terdapat beberapa habitat dan kehidupan flora dan fauna juga merupakan hutan hujan tropika yang ditumbuhi pelbagai spesies tumbuhan berbunga yang menjadi habitat flora dan fauna. Antara tumbuhan unik yang terdapat di Taman Bukit Tawau ialah seperti orkid liar, periuk kera, pokok raflesia dan paku pakis. Di hutan ini juga dapat dilihat tumbuhan epifit, tumbuhan parasit, tumbuhan liana dan tumbuhan saprofit.


Taman Bukit Tawau mempunyai spesis pokok-pokok komersil yang merangkumi sekurang-kurangnya 24 spesis Dipterokarpa seperti seraya kuning, keruing, selangan batu dan sebagainya. Selain itu, terdapat 31 spesis pokok komersil bukan Dipterokarpa seperti belian (Eusideroxylon zwaggen), kayu malam (Diospyros sp.) dan nyatoh (Palaquium gutta) Untuk tumbuhan berbunga, 

Bagi tumbuhan herba terdapat 36 spesis dalam 14 genera halia liar. Orkid liar yang telah ditemui di dalam taman ini meliputi 118 spesis dalam 42 genera. Orkid yang paling menarik ialah Orkid telinga gajah (Palaneopsis gigantea) yang telah diancam kepupusan pada tahun 80an tetapi ditemui semula di Taman Bukit Tawau.

Kepelbagaian paku-pakis meliputi 83 spesis dalam 55 genera dan 24 famili. Ini termasuklah Paku pohon (Cyathea contaminants), Paku tanduk rusa (Platycerium wallichi) dan pokok semun (Asplenium nidus). Sejumlah 69 spesis haiwan mamalia (daripada 194 spesis di Sabah) telah direkodkan di Taman Bukit Tawau termasuklah 9 spesis monyet seperti orang utan, wak-wak, monyet merah dan monyet bangkatan (Nasalis lavartus).

Namun itu,Kawasan hutan Taman Bukit Tawau menjadi habitat atau tempat tinggal berbagai-bagai jenis hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan. Ianya adalah tempat untuk hidupan ini mendapatkan sumber makanan dan kelangsungan hidup. Tanpa habitat yang seimbang dan terpelihara, proses tumbesaran pastinya akan terjejas.


>tempat menarik di taman bukit tawau

Taman bukit tawau menjadi satu tarikan ramai kepada pelancong yang terdapat tempat menarik seperti dibawah:


Image result for table tawau
AIR TERJUN
(i)MAKLUMAT AIR TERJUN


Taman Bukit Tawau mempunyai dua kawasan air terjun yang menjadi tumpuan iaitu air terjun bukit tawau yang terletak berhampiran dengan kawasan pentadbiran taman bukit tawau dan satu lagi terletak 2.5 kilometer iaitu air terjun .














(ii) MAKLUMAT POKOK TROPIKA TERTINGGI

Taman Bukit Tawau amat terkenal dengan peneuan pokok tropika tertinggi didunia dari spesies seraya kuning siput (shorea faguetiana tinggi 88.32 meter oleh saintis amerika syarikat ,dr roman dial bersama dua rakannya pada februari 2012 iaitu seramai 10,300 orang.daripada jumlah itu, seramai 447 orang adalah pelancong asing dari jepun,united kingdom,amerika syarikat ,australia,perancis,rusia,china,taiwan,belanda dan jerman.unuk sami ki sini,pengunjung akan melalui trek didalam hutan sejauh 900 meter

Related image
pokok tropika tertinggi 


(iii) MAKLUMAT KOLAM AIR PANAS SULFUR

pengunjung yang datang ke sini perlu berjalan melalui jalan trek yang disediakan sejauh 3.4 kilometer.lokasi ini menjadi tumpuan kerana kolam air panas semulajai yang baik untuk kesihatan kulit selain itu menyaksikan sendiri tindak balas ekosistem dari lohong gunung berapi yang sudah lama tidak aktif


KOLAM AIR PANAS SUFLUR





























iv) KEBUN BOTANI BUKIT TAWAU

Ianya terletak 150 meter dari pusat pentadbiran Taman Sabah. Kebun botani di sini menyimpan kira-kira 200 spesies orkid dan dengan kira-kira 6,000 koleksi bunga orkid. Pengunjung yang ke sini akan dapat menyaksikan sejenis orkid istimewa iaitu Orkid Telinga Gajah atau Orkid Borneo. Orkid ini hanya berbunga sebanyak dua kali dalam tiga tahun dan bunganya boleh tahan sehingga enam bulan manakala harganya di pasaran boleh mencecah sehingga RM10,000 sepokok.



Related image
      KEBUN BOTANI BUKIT TAWAU


>KESIMPULAN TENTANG TAMAN BUKIT TAWAU

taman bukit  tawau terkenal dengan pelbagai keunikan yang telah dirokai oleh penduduk penduduk taman bukit tawau. taman tersebut juga terdapat habitat dan kehidupan fauna dan flora.ini merupakan tempat-tempat menarik yang terdapat di kawasan-kawasan tawau.dengan itu,kita haruslah mengunjungi tempat tempat menarik untuk melihat keunikan di taman bukit tawau.














Saturday, 18 March 2017


      SEJARAH MAKLUMAT TEMPATAN DI DAERAH  TAWAU
Image result for sejarah tawau

Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Melayu keturunan Τidung dan Suluk sebelum tahun 1890 ( sebelum itu terdapat penempatan terawal masyarakat Melayu Islam Tidung di Kalabakan di bawah naungan Kesultanan Bolongan-Tarakan , penempatan masyarakat Tidung dan Suluk di Batu Tinagat serta penempatan masyarakat Bajau di Omadal, Semporna). Pada ketika itu Tawau berada di bawah kuasa Kesultanan Sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masa kini kepada pihak Inggeris.Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara British (SBUB).Untuk mengelak perselisihan faham dengan pihak Belanda yang memerintah Kalimantan pada masa tersebut (Tawau berkongsi sempadan di antara tanah jajahan Belanda dengan tanah jajahan Inggeris), pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut. Berikutan itu satu suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda.Dengan wujudnya pemerintahan British di Tawau, pelbagai kemudahan telah disediakan seperti hospital, sekolah-sekolah, balai polis, rumah-rumah kedai, pelabuhan Tawau serta juga jalan raya dan jalan kampung yang dibina oleh PWD, sebuah jabatan kerajaan yang mana para pekerjanya adalah dari kalangan penduduk tempatan Tawau.




TAWAU COTTAGE TAWAU HOSPITAL PADA TAHUN 1949


Image result for HOSPITAL TAWAU PADA PENJAJAHAN BRITISHHospital  Tawau telah mula beroperasi diawal tahun 1922 sebagai sebuah hospital kecil, dikenali sebagai Hospital Silimpompon dengan berstrukturkan dinding daripada kayu dan daun kajang, iaitu sejenis daun palma. Bermula di awal tahun 1940an, Cottage Hospital Tawau telah mula beroperasi sebagai hospital yang kecil di pesisiran pantai Bandar Tawau. Ketika itu hanya terdapat Unit Pesakit Luar, Wad Kelas Dua, Wad Pengasingan dan Dapur sahaja






 PADANG  BANDARAN TAWAU PADA TAHUN 1949-an


Hasil carian imej untuk bangunan sejarah tawauPusat Bandar Tawau ketika itu ialah Padang Bandaran . Lautan luas terbentang disebelah Selatan manakala disebelah daratan pula terdapat 3 buah bangunan kerajaan iaitu Pejabat Daerah , Kuarters Polis dan Rumah Rehat Kerajaan. Menara Loceng yang masih ada di Padang Bandaran Tawau telah didirikan oleh orang-orang Jepun selepas peperangan Dunia Pertama. Setiap jam loceng akan dibunyikan yang dikendalikan oleh Polis yang berkawal. Keadaan ketika itu sangat aman dan damai , dijalan-jalan raya dari Dunlop street hingga ke Jalan Apas , Jalan Kuhara dan Jalan Sin On digunakan oleh kenderaan persendirian , lori dan kenderaan Ladang daripada Ladang-ladang berhampiran seperti Ladang Getah . Walaupun berbilang bangsa , keturunan dan agama penduduk Tawau ketika itu hidup dalam aman . Tiada kes-kes jenayah berlaku pintu dan juga jendela rumah ditinggalkan tidak pernah berkunci.


DUNIOP STREET TAWAU 1930-an



Image result for imej dunlop street tawau 1930-anSalah satu jalan yang telah dibina bagi kemudahan asas penduduk Tawau dan kelihatan ditepi tepi Jalan di bina kedai-kedai untuk kemudahan penduduk Tawau berbelanja keperluan harian mereka. Ini adalah Jalan Dunlop dan masih ujud hingga kehari ini .Digambar dalam tahun 1930.














begini caranya membekalkan air dihantarkan ke bandar tawau ketika itu  yang dengan terdapat rel-rel untuk troli ditolak sehingga ke kedai-kedai atau rumah penduduk yang memerlukan dalam tahun 1930 sehinggalah paip air ada selepas peperangan dunia ke11 dimana banyak jabatan kerajaan telah ditubuhkan bagi mentadbirkan bandar tawau




Kelihatan dalam Gambar Pegawai-pegawai kerajaan British sedang berjalan , dibelakang kelihatan Pejabat Daerah . Lihat sajalah pakaian Pegawai waktu dulu , dengan tongkat masing-masing dengan topi dan setokin panjang.


                                       
                         


DUA MAKLUMAT KAMPUNG YANG TERDAPAT DI DAERAH TAWAU


KAMPUNG TITINGAN


Pemandangan indah di Kampung Titingan pada waktu pagi.

Kampung Titingan merupakan antara kampung terawal yang didirikan di Tawau. Kampung ini turut dipanggil Kampung Ice-Box kerana pada 1970-an, banyak peti sejuk yang sudah tidak berfungsi diletakkan di tepi jalan berhampiran dengan sebuah kilang ais dalam kawasan kampung ini.] Selain itu, terdapat juga sebuah peti sejuk besar di kilang tersebut untuk memproses dan membuat ais batu.Kampung Titingan terletak lebih kurang 2.5 km dari Bandar Tawau dengan keluasan melebihi 7 hektar (17 ekar). Ia terletak di persisir laut yang dulunya merupakan kawasan paya bakau dan terletak berhampiran dengan Sungai Tawau.Kampung ini dibahagikan kepada tiga iaitu Kampung,Titingan Pasir,Kampung Titingan, Tengah serta Kampung Titingan Hujung.


                             KAMPUNG KALABAKAN

"Kalabakan" mendapat nama dari perkataan "kalap angkan" maksudnya "dapat makan" yang berasal dari bahasa suku kaum Tidong iaitu penduduk asal kampung ini. Kampung Kalabakan merupakan kampung tertua di sabah wujud sebelum merdeka lagi. Majoriti penduduk asal di kampung ini adalah suku kaum Tidong dan Murut. Sekarang ini ia diduduki oleh pelbagai bangsa dan suku kaum.Kalabakan ialah sebuah kawasan di daerah yang terletak di bahagian barat daerah Tawau. Jaraknya dari Bandar Tawau adalah kira-kira 106 kilometer.




                      TOKOH-TOKOH DI DAERAH SABAH

KEE ABDULLAH @ KEE KIM SWEE
Image result for kee abdullah / kee kim sweeNama sebenar OKK yang begitu berpengaruh memodenkan Tawau ini ialah Kee Kim Swee. Lahir pada 1863 di Kudat. Ayahnya Saudagar Kee Vun Sai, seorang pedagang Cina dari Brunei. Beliau sebenarnya berasal dari Hainan, China. Di Brunei, Kee Vun Sai berkahwin dengan orang Dusun Tutung (Brunei) yang bernama Kipas. Kemudiannya keluarga Kee Vun Sai berpindah, berniaga dan menetap di Sabah. Ketika berusia 31 tahun, pada tahun 1885 beliau berdagang dan terlibat dalam tragedi iaitu kapalnya karam di perairan Kudat. Beliau telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Hussein semasa hanyut di laut pada ketika itu, bapa beliau, Saudagar Kee Kim Swee pula mati lemas dalam tragedi hitam itu. Pak Ibrahim seorang penduduk kampung di Bandu,Kota Marudu berbangsa Melayu Suluk, memeliharanya sebagai anak angkat. Kee Kim Swee terbuka hidayah memeluk agama Islam. Beliau yang fokus, gigih berlatih serta berwawasan ini telah mempelajari Islam dan bahasa Arab dengan baik daripada guru-guru Arab yang berdakwah di Kota Marudu ketika itu. Beliau memilih Abdullah sebagai nama Islam beliau dan seterusnya dikenali sebagai Kee Abdullah. Ketika beliau berumur 31 tahun juga, beliau memulakan kerjaya beliau di dalam jabatan kerajaan sebagai kerani di Sandakan dan kemudiannya ditugaskan di Silam.

                               KEPIMPINAN

Pada mulanya beliau adalah kepercayaan pihak Inggeris dengan perlantikan sebagai pegawai kerajaan Inggeris yang pertama ditugaskan di Tawau pada 1894. Kemudian beliau menjadi sebahagian masyarakat Melayu dan masyarakat Islam melalui perkahwinan dan hubungan keluarga. Sebagai seorang yang terpelajar, beliau bersama-sama dengan Imam Mustapa dan Habib Sheikh menjadi rujukan dan harapan masyarakat Melayu di Tawau ketika itu. Kee Abdullah juga pernah terlibat dalam usaha mewujudkan sebuah pekan baru iaitu Pekan Tawau yang baru di sebuah tempat yang lebih strategik iaitu di sebuah tempat yang dikenali sebagai 'Tanjung' untuk menggantikan pekan lama iaitu 'Tawau Lama' yang tidak sesuai lagi untuk dijadikan pusat ekonomi bandar. Usaha ini sebagai langkah untuk menjadikan Tawau sebagai pekan yang lebih luas dan selesa menjadi pusat perdagangan dan perniagaan memandangkan Tawau Lama ketika itu agak sempit dan dipenuhi dengan rumah-rumah kampung masyarakat tempatan. Oleh kerana beliau sangat dihormati oleh masyarakat Melayu dan juga mendapat kepercayaan British, beliau telah dilantik menjadi Ketua Masyarakat menggantikan Imam Mustapa. Seterusnya jawatan ketua masyarakat ini telah digantikan dengan jawatan baru yang dikenali sebagai Orang Kaya Kaya atau OKK. Kee Abdullah telah diberi penghormatan untuk pertama kalinya memegang jawatan yang baru ini dan selepas itu beliau dikenali sebagai OKK Kee Abdullah. Beliau terus memegang amanah untuk memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Anak Negeri merangkap Penghulu atau Ketua Masyarakat sehinggalah akhir hayat beliau dan jawatan ini diteruskan pula oleh anak beliau sendiri iaitu OKK Abu Bakar seorang pemimpin yang berwibawa , berjasa , dihormati serta disayangi oleh masyarakat Melayu Tawau ketika hidupnya.OKK Kee Abdullah meninggal dunia pada tahun 1936 ketika berusia 73 tahun setelah lama menyumbangkan jasa dan berbakti kepada bangsa Melayu Tawau selama puluhan tahun. Semasa beliau meninggal dunia, nama beliau sangat dihormati oleh masyarakat Melayu Tawau dan beliau terus dikenang kerana jasa-jasa beliau. Kerana itulah juga anak beliau, Abu Bakar Abdullah dilantik menggantikan beliau sebagai Orang Kaya-Kaya (OKK) atau Penghulu merangkap Ketua Masyarakat Melayu Peribumi (Native Chief). Kini, nama Kee Abdullah telah diabadikan di sebuah jalan di bandar Tawau sempena memperingati jasa-jasa kepada masyarakat dan penduduk di Tawau ini.Pada ketika ini, keturunan Kee Abdullah masih lagi menyumbangkan jasa dan bakti kepada rakyat Malaysia di Tawau. Antaranya ialah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Adun Apas merangkap Pembantu Kewangan Ketua Menteri iaitu cicit beliau yang merupakan anak kepada Kee Hafsah binti Kee Abu Bakar. Selain itu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, K.Y. Mustafa juga adalah cicit beliau iaitu anak kepada Kee Yusuf bin Kee Suleiman. Manakala Ketua Anak Negeri Tawau kini iaitu Kee Ayub bin Kee Abu Bakar adalah cucu beliau sendiri.