SEJARAH MAKLUMAT TEMPATAN DI DAERAH TAWAU
Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Melayu keturunan Τidung dan Suluk sebelum tahun 1890 ( sebelum itu terdapat penempatan terawal masyarakat Melayu Islam Tidung di Kalabakan di bawah naungan Kesultanan Bolongan-Tarakan , penempatan masyarakat Tidung dan Suluk di Batu Tinagat serta penempatan masyarakat Bajau di Omadal, Semporna). Pada ketika itu Tawau berada di bawah kuasa Kesultanan Sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masa kini kepada pihak Inggeris.Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara British (SBUB).Untuk mengelak perselisihan faham dengan pihak Belanda yang memerintah Kalimantan pada masa tersebut (Tawau berkongsi sempadan di antara tanah jajahan Belanda dengan tanah jajahan Inggeris), pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut. Berikutan itu satu suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda.Dengan wujudnya pemerintahan British di Tawau, pelbagai kemudahan telah disediakan seperti hospital, sekolah-sekolah, balai polis, rumah-rumah kedai, pelabuhan Tawau serta juga jalan raya dan jalan kampung yang dibina oleh PWD, sebuah jabatan kerajaan yang mana para pekerjanya adalah dari kalangan penduduk tempatan Tawau.
PADANG BANDARAN TAWAU PADA TAHUN 1949-an
Pusat Bandar Tawau ketika itu ialah Padang Bandaran . Lautan luas terbentang disebelah Selatan manakala disebelah daratan pula terdapat 3 buah bangunan kerajaan iaitu Pejabat Daerah , Kuarters Polis dan Rumah Rehat Kerajaan. Menara Loceng yang masih ada di Padang Bandaran Tawau telah didirikan oleh orang-orang Jepun selepas peperangan Dunia Pertama. Setiap jam loceng akan dibunyikan yang dikendalikan oleh Polis yang berkawal. Keadaan ketika itu sangat aman dan damai , dijalan-jalan raya dari Dunlop street hingga ke Jalan Apas , Jalan Kuhara dan Jalan Sin On digunakan oleh kenderaan persendirian , lori dan kenderaan Ladang daripada Ladang-ladang berhampiran seperti Ladang Getah . Walaupun berbilang bangsa , keturunan dan agama penduduk Tawau ketika itu hidup dalam aman . Tiada kes-kes jenayah berlaku pintu dan juga jendela rumah ditinggalkan tidak pernah berkunci.
![Hasil carian imej untuk bangunan sejarah tawau](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYdj4p4d4AAg0bDOXa3NyqQk6D3e0TEabedN0q_1GtR-WtpMgDhvcPsP2wPvhfMQzwuppeVKfEYe05aCIzgLqhyphenhyphendF8kwWRXTP0DaK4tdsGPWUP-8Q_v9OdDWEp9z2Ky_kwyQA4E-i5pCl7/s320/20080409_be0286bf9485c9e79a44l8sW0BS87p7Z.jpg)
DUNIOP STREET TAWAU 1930-an
Salah satu jalan yang telah dibina bagi kemudahan asas penduduk Tawau dan kelihatan ditepi tepi Jalan di bina kedai-kedai untuk kemudahan penduduk Tawau berbelanja keperluan harian mereka. Ini adalah Jalan Dunlop dan masih ujud hingga kehari ini .Digambar dalam tahun 1930.
![]() |
begini caranya membekalkan air dihantarkan ke bandar tawau ketika itu yang dengan terdapat rel-rel untuk troli ditolak sehingga ke kedai-kedai atau rumah penduduk yang memerlukan dalam tahun 1930 sehinggalah paip air ada selepas peperangan dunia ke11 dimana banyak jabatan kerajaan telah ditubuhkan bagi mentadbirkan bandar tawau |
Kelihatan dalam Gambar Pegawai-pegawai kerajaan British sedang berjalan , dibelakang kelihatan Pejabat Daerah . Lihat sajalah pakaian Pegawai waktu dulu , dengan tongkat masing-masing dengan topi dan setokin panjang. |
DUA MAKLUMAT KAMPUNG YANG TERDAPAT DI DAERAH TAWAU
KAMPUNG TITINGAN
![]() |
KAMPUNG KALABAKAN
"Kalabakan" mendapat nama dari perkataan "kalap angkan" maksudnya "dapat makan" yang berasal dari bahasa suku kaum Tidong iaitu penduduk asal kampung ini. Kampung Kalabakan merupakan kampung tertua di sabah wujud sebelum merdeka lagi. Majoriti penduduk asal di kampung ini adalah suku kaum Tidong dan Murut. Sekarang ini ia diduduki oleh pelbagai bangsa dan suku kaum.Kalabakan ialah sebuah kawasan di daerah yang terletak di bahagian barat daerah Tawau. Jaraknya dari Bandar Tawau adalah kira-kira 106 kilometer.
KEPIMPINAN
Pada mulanya beliau adalah kepercayaan pihak Inggeris dengan perlantikan sebagai pegawai kerajaan Inggeris yang pertama ditugaskan di Tawau pada 1894. Kemudian beliau menjadi sebahagian masyarakat Melayu dan masyarakat Islam melalui perkahwinan dan hubungan keluarga. Sebagai seorang yang terpelajar, beliau bersama-sama dengan Imam Mustapa dan Habib Sheikh menjadi rujukan dan harapan masyarakat Melayu di Tawau ketika itu. Kee Abdullah juga pernah terlibat dalam usaha mewujudkan sebuah pekan baru iaitu Pekan Tawau yang baru di sebuah tempat yang lebih strategik iaitu di sebuah tempat yang dikenali sebagai 'Tanjung' untuk menggantikan pekan lama iaitu 'Tawau Lama' yang tidak sesuai lagi untuk dijadikan pusat ekonomi bandar. Usaha ini sebagai langkah untuk menjadikan Tawau sebagai pekan yang lebih luas dan selesa menjadi pusat perdagangan dan perniagaan memandangkan Tawau Lama ketika itu agak sempit dan dipenuhi dengan rumah-rumah kampung masyarakat tempatan. Oleh kerana beliau sangat dihormati oleh masyarakat Melayu dan juga mendapat kepercayaan British, beliau telah dilantik menjadi Ketua Masyarakat menggantikan Imam Mustapa. Seterusnya jawatan ketua masyarakat ini telah digantikan dengan jawatan baru yang dikenali sebagai Orang Kaya Kaya atau OKK. Kee Abdullah telah diberi penghormatan untuk pertama kalinya memegang jawatan yang baru ini dan selepas itu beliau dikenali sebagai OKK Kee Abdullah. Beliau terus memegang amanah untuk memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Anak Negeri merangkap Penghulu atau Ketua Masyarakat sehinggalah akhir hayat beliau dan jawatan ini diteruskan pula oleh anak beliau sendiri iaitu OKK Abu Bakar seorang pemimpin yang berwibawa , berjasa , dihormati serta disayangi oleh masyarakat Melayu Tawau ketika hidupnya.OKK Kee Abdullah meninggal dunia pada tahun 1936 ketika berusia 73 tahun setelah lama menyumbangkan jasa dan berbakti kepada bangsa Melayu Tawau selama puluhan tahun. Semasa beliau meninggal dunia, nama beliau sangat dihormati oleh masyarakat Melayu Tawau dan beliau terus dikenang kerana jasa-jasa beliau. Kerana itulah juga anak beliau, Abu Bakar Abdullah dilantik menggantikan beliau sebagai Orang Kaya-Kaya (OKK) atau Penghulu merangkap Ketua Masyarakat Melayu Peribumi (Native Chief). Kini, nama Kee Abdullah telah diabadikan di sebuah jalan di bandar Tawau sempena memperingati jasa-jasa kepada masyarakat dan penduduk di Tawau ini.Pada ketika ini, keturunan Kee Abdullah masih lagi menyumbangkan jasa dan bakti kepada rakyat Malaysia di Tawau. Antaranya ialah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Adun Apas merangkap Pembantu Kewangan Ketua Menteri iaitu cicit beliau yang merupakan anak kepada Kee Hafsah binti Kee Abu Bakar. Selain itu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, K.Y. Mustafa juga adalah cicit beliau iaitu anak kepada Kee Yusuf bin Kee Suleiman. Manakala Ketua Anak Negeri Tawau kini iaitu Kee Ayub bin Kee Abu Bakar adalah cucu beliau sendiri. |